Sunday, January 19, 2025
HomeBERITAMakcik Kemboja, Anak Akan Hantar Representasi Ke Peguam Negara

Makcik Kemboja, Anak Akan Hantar Representasi Ke Peguam Negara

MELAKA: Usahawan wanita digelar ‘Makcik Kemboja’ bersama anak lelakinya yang menghadapi pertuduhan berasingan mengeluarkan kenyataan dan memulakan komunikasi video jelik mendakwa orang Melayu sebagai malas di media sosial pada tahun lalu, akan mengemukakan representasi berhubung kes itu kepada Jabatan Peguam Negara.

Perkara itu dimaklumkan peguam bela, Kamal Hisham Jaafar, yang mewakili tertuduh, Mariyah Yaakob, 47, dan Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 22, ketika sebutan kes berkenaan di hadapan Hakim, Darmafikri Abu Adam di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.

“Kami sudah berbincang dengan pendakwaan dan akan menghantar dua representasi berhubung kes ini untuk pertimbangan timbalan pendakwa raya.

“Pohon tarikh sebutan baharu untuk mendapatkan status representasi berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Rashidah Baharom, memberitahu pendakwaan sudah menyerahkan dokumen kes berkenaan kepada pembelaan pagi tadi dan disahkan oleh peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula pada 27 Februari depan bagi mengetahui status representasi berkenaan sama ada diterima atau ditolak.

Pada 7 Disember lalu, dua beranak itu masing-masing mengaku tidak bersalah atas tuduhan berasingan dihadapi mereka ketika dituduh di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail di Mahkamah Sesyen 2.

Mengikut pertuduhan, Mariyah didakwa menggunakan aplikasi TikTok di alamat https://www.tiktok.com/@mariyah holdings?t=8hipugfipvi&_r=1 dan membuat suatu penyataan iaitu “… so ada apa-apa, kalau orang Kemboja memang pandai meniaga kan, betul tak? dan orang Kemboja memang rajin, nak dibandingkan dengan orang Melayu, malas…” dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu pada 16 November lalu, kira-kira jam 6 petang.

Rakaman itu kemudian ditonton di sebuah rumah di Bukit Piatu, Kampung Musai, di sini dan berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ezuan Hafsham yang juga Pengarah Mariyah Holding, turut tidak mengaku bersalah atas tuduhan secara sedar menggunakan aplikasi TikTok di alamat sama dengan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video yang memaparkan ibunya mengatakan kenyataan jelik itu antara 14 hingga 16 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Sumber: Berita Harian

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Jumlah Jemaah Terjejas Dalam Penipuan Umrah Hampir 1,000 Orang

0
PUTRAJAYA- Kira-kira 1,000 individu dilaporkan terjejas dengan tindakan tidak bertanggungjawab pemilik syarikat umrah selain tidak mengetahui nasib mereka sama ada dapat menjejakkan kaki ke...

CATEGORIES