Thursday, December 12, 2024
HomeBERITAMajoriti Pesakit Covid-19 Di Malaysia Bergejala Ringan, Tidak Perlu Rawatan Hospital

Majoriti Pesakit Covid-19 Di Malaysia Bergejala Ringan, Tidak Perlu Rawatan Hospital

PUTRAJAYA – Majoriti pesakit Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia ketika ini hanya mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.

Menurut Kosmo, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, bagaimanapun, terdapat peningkatan kes Covid-19 yang dilaporkan secara global termasuk di beberapa negara jiran.

Katanya, di Malaysia, peningkatan kes itu seiring dengan trend yang berlaku setiap hujung tahun seperti dilaporkan di negara-negara lain.

“Pada Minggu Epidemiologi ke-49, sebanyak 12,757 kes telah dilaporkan berbanding 6,796 kes yang dilaporkan pada ME 48 iaitu dari 26 November 2023 hingga 2 Disember 2023.

“Secara keseluruhan, peratus kes kematian Covid-19 dari 25 Januari 2020 sehingga 9 Disember 2023 adalah 0.72 peratus.

“Daripada segi kapasiti hospital pula, jumlah kemasukan pesakit termasuk pesakit yang disyaki Covid-19 ke fasiliti kesihatan bagi penggunaan katil bukan kritikal meningkat kepada 1.4 peratus berbanding ME 48,” katanya di sini tadi.

Jelasnya, penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) turut meningkat kepada 1.4 peratus dan peratusan pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) juga meningkat kepada 0.5 peratus.

“Walaupun terdapat peningkatan kes Covid-19, namun secara keseluruhan keadaan semasa di Malaysia masih dalam keadaan terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.

“Pada ME 49/2023, sebanyak 26 varian Omicron baharu dilaporkan yang terdiri daripada 21 kes Variant of Concern (VOC) dan lima kes Variant of Interest (VOI),” katanya.

Menurut beliau, sehingga kini, tiada varian baharu yang dikesan di Malaysia.

“Varian yang masih menular di Malaysia adalah varian Omicron dengan subvarian XBB.1.16, XBB.1.5 dan EG.5.

“Varian ini, walaupun diketahui mempunyai kadar kebolehjangkitan yang tinggi, tetapi ianya tidak menyebabkan kes yang teruk,” tambahnya.

Berdasarkan laporan Kosmo, dalam pada itu, katanya, KKM juga menjangkakan akan berlaku peningkatan kes Covid-19 susulan pergerakan dan perjumpaan sanak saudara dan sahabat handai ketika sambutan Hari Krismas dan tahun baharu termasuk musim cuti sekolah bermula pada 16 Disember 2023.

Sehubungan dengan itu, KKM menggalakkan orang ramai untuk memakai pelitup muka sekiranya bergejala ketika aktiviti kunjung mengunjung bagi melindungi keluarga, jiran dan sahabat handai daripada mendapat jangkitan Covid-19.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Selangor Mahu Tamat Kemarau Trofi

0
SELANGOR FC memasang impian untuk meraih kemenangan ketiga berturut-turut menjelang aksi suku akhir pertama Piala Cabaran menentang Kelantan Darul Naim (KDN) FC di Stadium...

CATEGORIES