Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Bersama PM Di Tujuh Negeri

0
92
Foto: Malaysia Tribune

SHAH ALAM – Penganjuran Majlis Sambutan Aidilfitri Madani bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan di tujuh negeri bermula 18 April ini.

Sekretariatnya dalam satu kenyataan berkata, penganjuran majlis itu adalah hasil kerjasama antara kerajaan negeri dan setiap kementerian sebagai peneraju bersama.

Antara negeri yang terlibat adalah Johor pada 18 April ; Sabah (20 April); Melaka (22 April); Kelantan (2 Mei); Kedah (4 Mei); Pulau Pinang (5 Mei) dan Terengganu (9 Mei).

“Johor pula akan menjadi negeri pertama dalam pelaksanaan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani pada 18 April bertempat di Padang Begonia, Angsana Johor Bahru Mall bermula dari jam 4 petang hingga 7 malam bersama-sama Kementerian Pertahanan (MINDEF).

“Majlis Aidilfitri Madani 2024 peringkat kebangsaan akan diadakan di International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah pada 20 April 2024 bermula dari jam 10.30 pagi hingga 3 petang bersama-sama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sebagai peneraju.

“Majlis ini akan dihadiri oleh Perdana Menteri sebagai tetamu utama dan Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri-negeri berkenaan,” katanya pada Rabu.

Mengulas lanjut, menurut Sekretariat tersebut, tujuan utama majlis itu diadakan adalah bagi memupuk semangat muhibah dan perpaduan kaum di negara ini.

Ujarnya, rakyat juga berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin sepanjang majlis itu berlangsung.

“Majlis ini juga turut memberi peluang kepada lebih ramai rakyat untuk meraikan hari kebesaran umat Islam bersama-sama pemimpin di peringkat Persekutuan dan negeri,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here