Friday, February 7, 2025
HomeVIRALMajlis Konvo Diakhiri Dengan 'Pinangan' Keluarga

Majlis Konvo Diakhiri Dengan ‘Pinangan’ Keluarga

PETALING JAYA – Seorang graduan wanita disambut dengan kejutan luar biasa apabila ahli keluarganya menghadiri majlis graduasi sambil membawa dulang hadiah perkahwinan yang dihias indah seakan rombongan meminang.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan di platform TikTok oleh @shahirafairuss, antara hadiah yang diletakkan di atas dulang berkenaan ialah baju kelawar, ubat resdung, kuaci, kain batik, baju, tudung dan sejumlah wang tunai.

Hadiah telur dadar bersama nasi putih dan juga ‘king crab’ turut diberikan kerana ia merupakan makanan kegemaran graduan wanita itu.

Pemilik video itu berkata, hadiah-hadiah tersebut mempunyai kaitan dan makna buat graduan itu.

Melihat ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat ahli keluarga berkenaan dan mereka turut menyifatkan pemberian itu sebagai sesuatu yang unik dan tidak pernah dilakukan sebelum ini.

“Nanti nak kahwin, dah tak perlu nak sediakan hantaran sebab dah merasa waktu konvokesyen,” komen Nina.

“Nampak sangat keluarga dia seronok dan gembira tengok dia konvo (konvokesyen), semoga keluarga ini bahagia hingga ke jannah,” tambah @caramellatte.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Gurauan Berlebihan Boleh Buat Orang Tak Selesa’

0
BUKAN sekadar hidup dilingkungi populariti, golongan selebriti merupakan suri teladan yang seharusnya menjadi contoh baik kepada masyarakat menerusi perkongsian hal bermanfaat. Pelakon Scha Alyahya antara...

CATEGORIES