Majikan perlu terima sijil digital HSO, pekerja dinasihat jujur- KKM

0
93
Foto Berita Harian

KUALA LUMPUR, 21 Disember- Kementerian Kesihatan (KKM) meminta semua majikan supaya menerima pakai sijil digital Home Surveillance Order (HSO) bagi pekerjanya yang menghidapi COVID-19.

Menerusi hantan di laman Facebook, kementerian itu memaklumkan para majikan juga amat digalakkan untuk membenarkan pekerja yang bergejala tetapi keputusan ujian COVID-19 negatif untuk bekerja dari rumah.

“HSO diberikan selama lima hari dari tarikh bermula gejala untuk kes positif COVID-19.

“Sebagai contoh, sekiranya gejala bermula pada 1 Disember tetapi keputusan hanya positif COVID-19 pada 3 Disember, HSO akan diberikan dari 1 hingga 5 Disember,”menurut kenyataan itu.

Oleh yang demikian, semua majikan diseru agar menerima pakai sijil digital HSO.

Sijil digital HSO adalah sah laku bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [Akta 342].

Jelas KKM, individu yang diberi digital HSO perlu melakukan tangkap layar paparan skrin (screenshot) untuk makluman pihak majikan.

“Pekerja juga dinasihatkan untuk melaporkan status COVID-19 dengan jujur,”jelas kenyataan itu.

Sementara itu, menurut portal KKMNOW, sebanyak 28,375 kes aktif COVID-19 direkodkan di negara ini, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 5,141,797 kes, sehingga Ahad lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 27,689 pesakit COVID-19 yang menjalani HSO, manakala 664 kes dirawat di hospital di seluruh negara.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here