Main ‘Claw Machine’ Ibarat Judi, Jatuh Hukum Haram – UAI

0
60

PETALING JAYA – Hukum permainan tangkap anak patung atau ‘claw machine’ adalah haram keran termasuk dalam kaedah judi kerana ada wang pertaruhan.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, permainan tersebut diketagorikan sebagai judi kerana perlu menggunakan wang pertaruhan terlebih dahulu sebelum menggunakan mesin tersebut.

“Banyak jenis patung yang ada, kita akan masukkan dulu RM1, kita main dan kita berjaya tangkap salah satu patung itu.

“Harga sebenar patung itu adalah RM10 satu, kita dapat dengan hanya RM1. Jadi RM9 lagi adalah duit milik orang lain yang tidak berjaya, hukumnya haram kerana itu termasuk judi,” katanya dalam satu klip video ceramahnya baru-baru ini.

Tambahnya lagi, pihak terlibat termasuk kerajaan perlu bertanggungjawab dalam membanteras perkara ini jika tidak mahu menanggung dosa di akhirat kelak.

“Pihak terlibat kena buat sesuatu dan bertanggungawab dalam isu ini, nanti mereka juga akan menjawab kepada tuhan nanti.

“Anak-anak kita jangan main benda ni, kalau yang mesin masuk duit keluar mainan bulat itu tidak mengapa, yang ini tidak boleh sebab mainan ini ada wang pertaruhan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here