Saturday, October 12, 2024
HomeHIBURANMahu Terkenal Di Antarabangsa, Dolla Guna Khidmat Penerbit Muzik Korea Selatan

Mahu Terkenal Di Antarabangsa, Dolla Guna Khidmat Penerbit Muzik Korea Selatan

PETALING JAYA: Kumpulan Dolla menggunakan khidmat penerbit muzik antarabangsa, Hyuk Shin, untuk menghasilkan beberapa lagu dalam album sulung mereka, New Classic.

Ahlinya, Sabronzo dalam kenyataan menyifatkan kerjasama dengan penerbit asal Korea Selatan itu sebagai kesempatan yang baik untuk kumpulan tersebut menembusi pasaran antarabangsa berdasarkan pengalamannya dalam menghasilkan lagu untuk artis terkenal seperti Super Junior, NCT, GOT7, Red Velvet dan Justin Bieber.

“Semua lagu di dalam album ini dihasilkan dalam bahasa Inggeris kerana kami mahu menembusi pasaran antarabangsa.

“Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Hyuk Shin, seorang penerbit muzik yang pernah bekerja dengan artis ‘A-list’ dunia.

“Beliau menghasilkan dua lagu untuk album kami iaitu Classic dan Boss Up,” katanya ketika ditemui pada sidang media pra-dengar album New Classic, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, seluruh pembikinan untuk video muzik Classic juga dilakukan di Thailand hasil kolaborasi dengan kru filem antarabangsa dari negara itu, kongsi Utusan.

“Kami setuju Thailand mempunyai produk dan hasil karya yang sangat baik. Lagi pula, syarikat rakaman kami, Universal Music Malaysia mempunyai hubungan baik dengan Universal Music Thailand yang banyak memudahkan urusan kami di sana.

“Namun, tidaklah bermakna rumah produksi Malaysia tidak mempunyai bakat yang hebat. Sebelum ini pun video muzik kami yang cantik-cantik semua dihasilkan oleh anak tempatan.

“Cuma kami merasakan ini adalah kesempatan untuk melihat budaya kerja di negara berbeza di samping mengintai peluang untuk mempromosikan video kami di Thailand,” kata Tabby.

Menurut Utusan, album tersebut yang penghasilannya mencecah kos ratusan ribu ringgit memakan masa setahun untuk disiapkan.

Bercerita mengenai cabaran, ahli termuda Dolla, Syasya, memaklumkan sanggup mengambil kelas tambahan untuk memperkemaskan lagi sebutannya ketika proses rakaman untuk album tersebut dilakukan.

“Memandangkan album ini semuanya dihasilkan dalam bahasa Inggeris, saya ambil kelas tambahan bagi mengelakkan sebutan saya kedengaran aneh.

“Contoh seperti perkataan priorities yang membuatkan saya mengambil masa satu jam untuk rakaman. Sampai sekarang kawan-kawan mengusik saya kerana perkataan itu,” selorohnya.

Sumber: Utusan Malaysia

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Taktik Licik Wanita Samun Kedai Emas Akhirnya Terbongkar!

0
ALOR GAJAH – Kegiatan seorang wanita berkaca mata hitam yang aktif menyamun tujuh buah kedai emas di sekitar Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan sejak...

CATEGORIES