Mahmud Tidak Lagi Mewakili Ibu Bapa Zayn Rayyan Bermula Hari Ini

0
56
Foto: Harian Metro

Petaling Jaya: Baru-baru ini, ibu bapa kandung Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan dimaklumkan juga peguam yang mewakili mereka telah menarik diri.

Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co berkata, dirinya tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Saya berdoa supaya perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada.

“Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak supaya menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama,” katanya.

Sebelum ini, Mahmud telah dilantik menjadi peguam yang mewakili ibu bapa kandung Zayn Rayyan selepas kedua kedua mereka yang berusia lingkungan 28 tahun itu telah ditahan pihak polis di kediaman mereka di Puncak Alam Jumaat lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, ibu bapa kanak-kanak terbabit direman seminggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan telah dilaporkan hilang dan mayatnya telah dijumpai di saluran air kira-kira 200-meter dari rumahnya pada jam 9 malam 6 Disember lalu.

Menurut pihak hospital, mangsa telah disahkan dibunuh dan hasil daripada bedah siasat telah menemui kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa.

Sehari sebelum kejadian penemuan mayat mangsa, pihak polis juga telah menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak tersebut sekitar jam 6:30 petang oleh ahli keluarga mangsa sendiri.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here