Mahasiswa Indonesia Halau Pelarian Rohingya Termasuk Wanita, Kanak-Kanak

0
84
Foto: CNBC Indonesia

JAKARTA – Kumpulan mahasiswa daripada beberapa buah universiti bertindak mengusir pelarian Rohingya dari tempat perlindungan mereka di Balai Meuseuraya, Banda Aceh kelmarin, lapor portal berita detik.com.

Dalam satu rakaman video yang tular di media sosial, mereka memecah  masuk ke dalam balai raya tersebut dan mengerumuni kumpulan pelarian berkenaan terdiri daripada kanak-kanak serta wanita.

Terdapat juga sebahagian pelarian lelaki Rohingya yang sedang bersolat.

Selepas menunaikan solat, kumpulan pelarian itu itu dipaksa keluar  dari tempat perlindungan tersebut. Mereka kemudian menaiki beberapa buah trak untuk dipindahkan ke Pejabat Wilayah Kementerian Undang-Undang dan Hak-Hak Asasi Manusia di Aceh.

Menurut laman berita CNN, tunjuk perasaan itu disertai oleh mahasiswa dari Universiti Al Washliyah, Universiti Abulyataman dan Universiti Bina Bangsa Getsempena.

Jumlah pelarian Rohingya yang diusir pula seramai 135 orang. Mereka mendarat di pantai Aceh pada 10 Disember lalu.

Kedatangan pelarian itu ditolak kerana mereka melanggar norma kehidupan yang dipersetujui di Indonesia.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here