Lufya Omar Bersuara Isu Blockout 2024, Tak Kisah Hilang Kawan

0
67
Foto: Gempak

PETALING JAYA: “Saya sokong gerakan Blockout 2024 kerana ramai selebriti hanya mementingkan diri sendiri. Ini buka mata mereka yang terlalu sibuk mengejar dunia dan kesenangan.”

Demikian pendapat penyanyi dan pelakon Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar, 38, berhubung gerakan Blockout 2024.

Lufya berkata, Blockout 2024 digerakkan di seluruh dunia itu mampu membuka matanya untuk turut memboikot produk pro-Israel.

“Ia juga buka mata saya untuk lihat perkara ini sebagai satu perkara yang serius kerana satu dunia melakukan. Gerakan ini bukan main-main atau sekejap sahaja boikot sesebuah jenama, tapi serius.

“Jadi, saya sokong kerana kita kena lebih peka dan jangan menjadi orang mementingkan diri. Kita tak tahu negara sampai bila aman, jadi kena ambil tahu,” katanya yang ditemui pada majlis bacaan Yassin dan pelancaran Tabung Bersamamu Rafah 2024 di Glam Hall Damansara, di sini, baru-baru ini.

Justeru, Lufya berkata, dia mencuba sebaik-baiknya memboikot jenama antarabangsa yang perlu diboikot dan tidak menerima tawaran berkaitan jenama menyumbang kepada Israel.

“Sebenarnya sudah lama saya tidak guna jenama pro-Israel dan banyak juga yang saya tolak benda tidak bersesuaian.

“Bagi saya, duit boleh cari. Kita jangan minta rezeki melimpah ruah, sebab nanti boleh jadi istidraj.

“Mintalah rezeki cukup untuk hidup, bayar zakat dan dekat dengan Allah. Jangan banyak sangat rezeki sampai lupa Allah, akhirat dan sebagainya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Lufya berkata, dia kurang aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan berikutan sibuk menguruskan anaknya, Laana Haura dan menghadiri majlis ilmu.

Bagaimanapun, katanya, dia kini sudah boleh kembali terima tawaran, memandangkan mempunyai pembantu menguruskan anak.

“Bagi saya, inilah masanya untuk saya betul-betul faham dan mendalami agama serta berubah. Untuk kerja lain saya masih buat ‘review’ dan ada juga menyanyi sedikit.

“Sekiranya ada tawaran lakonan boleh beri impak baik dan tak bertentangan mungkin boleh terima sebab sekarang saya ada pembantu untuk jaga anak.

“Sebelum ini, semua saya buat sendiri, tetapi sekarang Alhamdulillah bolehlah terima jika ada tawaran,” katanya.

Terdahulu, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang kini berusia tujuh tahun.

Bagaimanapun, Lufya dan Dr Che Muhammad Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here