Friday, February 20, 2026
HomeLUAR NEGARAPengetua Sekolah Didenda RM1,500 Jika Pelajar Hisap Vape

Pengetua Sekolah Didenda RM1,500 Jika Pelajar Hisap Vape

HANOI – Semua pengetua sekolah di Vietnam berdepan denda sehingga 10 juta dong  (RM1,500) jika terdapat pelajar menghisap vape di sekolah masing-masing, lapor portal berita VnExpress kelmarin.

Denda itu diperkenalkan ketika pihak berkuasa mengambil langkah tegas membendung peningkatan mendadak penggunaan vape dalam kalangan remaja.

Hukuman itu adalah sebahagian daripada Dekri 371 rangka kerja penguatkuasaan pentadbiran baharu yang diumumkan  Kementerian Kesihatan dan berkuat kuasa mulai 31 Disember tahun lalu.

Berdasarkan peraturan itu, pengetua sekolah boleh didenda antara 5 juta dong (RM752) hingga 10 juta dong jika pihak berkuasa mendapati mereka gagal mengurus, menyelia atau mencegah pelajar daripada menggunakan vape atau produk tembakau di sekolah.

Pelajar atau individu yang secara langsung menggunakan produk tersebut pula boleh dikenakan denda 3 juta dong (RM451) hingga 5 juta dong.

Semua barangan yang dirampas akan disita dan dimusnahkan.

Beberapa pegawai kesihatan berkata, peraturan itu menandakan kali pertama undang-undang Vietnam meletakkan tanggungjawab undang-undang kepada pihak pentadbiran sekolah berhubung isu vape.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Agong Titah Pegawai Tidak Amanah Ditukarkan, Jangan Berlengah

0
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mahu mana-mana pegawai dikenal pasti gagal melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan berintegriti untuk ditukarkan segera. Baginda bertitah, jika...

CATEGORIES