Monday, June 15, 2026
HomeLUAR NEGARAIsrael Kejam, Sengaja Cipta Lagu Provok Penduduk Gaza

Israel Kejam, Sengaja Cipta Lagu Provok Penduduk Gaza

TEL AVIV: Penyiar kebangsaan Israel, Kan News memuat naik lagu berbaur hasutan dan bersifat provokasi bertajuk ‘Kami akan memusnahkan semua orang di Gaza‘ di platform X sebagai sokongan kepada kempen pemusnahan besar-besaran tentera Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Lagu itu didendangkan sekumpulan enam kanak-kanak perempuan Yahudi dan berlatarbelakangkan pengeboman di Gaza serta serangan mengejut Hamas di penempatan haram Kfar Aza pada 7 Oktober lalu.

Lagu dan video tersebut dicipta oleh ‘pakar komunikasi krisis’ Ofer Rosenbaum yang mengetuai firma perhubungan awam, Rosenbaum Communication, lapor Utusan.

Lapor The Electronic Intifada, Kan News menganggap lagu tersebut sebagai lagu persahabatan 2023 biar pun bait liriknya dipenuhi panggilan untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Berikut adalah antara bait lirik lagu tersebut, ‘Malam musim luruh jatuh di atas pantai Gaza, pesawat mengebom, kemusnahan, kemusnahan.

‘Dalam masa setahun kami akan memusnahkan semua orang, dan kemudian kami akan kembali untuk membajak ladang kami,’ menurut lirik tersebut.

Lirik lagu tersebut diterjemahkan oleh The Electronic Intifada dengan bantuan penulis bebas dan pembuat filem, David Sheen.

Kan News menyiarkan versi penuh lagu tersebut di akaun X pada Ahad lalu tetapi memadamkannya tidak lama selepas itu, selepas mendapat bantahan daripada pengguna Israel lain.

Dua dekad lalu, stesen Radio Television Libre des Mille Collines (RTLM) disabitkan kesalahan oleh tribunal antarabangsa kerana menghasut dan memperomosikan pemusnahan etnik Tutsi di Rwanda.

Sumber: Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘7 Tahun Tak Kerja, Saya Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri’

0
KUALA LUMPUR – Tujuh tahun tidak aktif dalam industri seni dan hiburan dengan segala wang simpanan telah habis digunakan, penghibur versatil Salih Yaacob mengakui...

CATEGORIES