SEOUL – Sekurang-kurangnya sembilan orang telah meninggal dunia dan empat lagi cedera selepas sebuah kereta menabrak pejalan kaki di pusat bandar Seoul, laporan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.
Menurut pihak polis, kemalangan berlaku di persimpangan berhampiran Dewan Bandar Raya Seoul sekitar jam 9.30 malam waktu tempatan.
Sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 60-an, menabrak pejalan kaki yang sedang menunggu di lampu isyarat.
Media tempatan melaporkan bahawa kereta tersebut mengemudi ke arah yang salah dan berlanggar dengan dua kenderaan lain sebelum merempuh orang ramai.
Polis sedang menjalankan siasatan sambil memberi amaran bahawa jumlah mangsa dijangka meningkat.
“Enam mangsa terbunuh di tempat kejadian manakala tiga lagi mangsa disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian akibat kecederaan.
“Polis mengatakan pemandu terbabit telah ditahan di tempat kejadian. Dia mengaku bahawa keretanya tiba-tiba memecut laju,” kata sumber polis.
Had laju yang ditetapkan di negara tersebut adalah 50 kilometer sejam di jalan bandar dan 30 kilometer sejam di kawasan perumahan. – AGENSI
Sumber: Kosmo