Lori Kontena Ayam Sejuk Beku Kantoi Guna Lori Israel

0
38
Foto: Harian Metro

PADANG BESAR: Sebuah lori diarahkan berpatah balik oleh penguatkuasa Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Negeri Perlis gara-gara menggunakan kontena yang berasal daripada israel. Lori kontena yang baharu sahaja tiba dari Thailand tersebut membawa muatan dagangan ayam sejuk beku untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Pengarah Kastam Negeri Perlis, Ismail Hashim berkata, kejadian berlaku sekitar jam 12.03 tengah hari, selepas kenderaan itu memasuki terowong mesin pengimbas di Unit Dagangan Jalan Raya, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) Padang Besar.

Didapati tujuan lori tersebut memasuki terowong pengimbas adalah prosedur yang perlu dikenakan bagi setiap lori untuk pengikraran Borang K1 yang bertujuan melakukan pengimportan dagangan ke dalam negara ini.

Semasa proses pengimbasan didapati bahawa lori kontena tersebut berasal dari Israel disebabkan terdapat logo ZIM yang tertera pada badan dinding luar kontena itu. “Oleh hal demikian, kita menahan lori kontena itu bagi mendapat pengesahan dan pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, hasil semakan bersama pihak agensi kerajaan yang lain mendapati ternyata kontena itu adalah dilarang memasuki negara ini kerana dipercayai adalah milik syarikat berpengkalan dari Israel.

“Disebabkan itu juga, kita segera mengarahkan lori kontena yang berisi barang dagangan berkenaan berpatah balik ke negara jiran pada hari yang sama,” katanya.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here