Thursday, April 25, 2024
HomeBERITALori Buat Pusingan U Rempuh Pelajar Sehingga Maut

Lori Buat Pusingan U Rempuh Pelajar Sehingga Maut

BATU PAHAT – Seorang pelajar sekolah menengah maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah lori yang membuat pusingan U dalam kejadian di di Kilometer 13.5 Jalan Batu Pahat – Kluang di sini pagi hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.20 pagi menyebabkan mangsa, Shahrunizam Mohd Shamsul, 17, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai dalam perjalanan ke sekolah dari kediamannya di Parit Sulong, lapor Kosmo.

Katanya, lori yang dipandu sorang lelaki berusia 33 tahun pula sedang membuat pusingan U dan datang dari arah bertentangan.

“Melalui siasatan awal, mangsa hilang kawalan terhadap motosikal ditunggangnya selepas melihat lori berkenaan membuat pusingan U sebelum melanggar bahagian tangki minyak dan berlaku satu letupan.

“Akibat daripada kejadian itu, mangsa cedera parah di kepala serta badan dan disahkan meninggal di lokasi kejadian sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses bedah siasat,”katanya dihubungi hari ini.

Menurut Ismail lagi, pemandu lori yang tidak mengalami kecederaan ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) serta permohonan tahanan reman bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Saksi awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini diharapkan tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Gara-Gara Kesilapan Komunikasi, Lima Pesawat Nyaris Bertembung

0
WASHINGTON – Lima pesawat nyaris bertembung selepas sebuah pesawat Swiss Air mengalami kesilapan komunikasi, yang meletakkan kesemuanya di landasan sama secara serentak di Lapangan...

CATEGORIES