Friday, January 24, 2025
HomeHIBURANLlao Llao Tak Mahu Terlibat Dalam Kisah Curang Alif Teega

Llao Llao Tak Mahu Terlibat Dalam Kisah Curang Alif Teega

PETALING JAYA – Ramai terhibur dengan komen jenama yogurt beku (froyo) Eropah, llaollao Malaysia di laman TikTok isteri kedua pempengaruh, Aliff Teega.

“Tolong jangan libatkan kami. Terima kasih,” demikianlah komen usikan manja admin akaun TikTok llaollao tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik isteri kedua Aliff, Fatin Umaidah yang mempamerkan dirinya bersama suami (Aliff) sedang menjamu llaollao bersama-sama dengan kapsyen ‘Did we make it? (Adakah kita berjaya?)’.

Menerusi ciapan tangkap layar @Chapienat di laman X, dia mengaku dirinya yang jarang mengambil kisah hal sebegini turut terhibur.

“Aku jenis malas nak amik kisah tapi berdekah jugalah bila baca ni,” katanya.

Tambahan, rata-rata pengguna media sosial menyifatkan komen tersebut berbaur sarkastik.

“Sejak bila llao llao ni rajin melayan jugak ni, ingatkan pasaraya Mydin saja,” kata seorang pengguna.

“Ya Allah, siapalah pemasar jenama media sosial ini?” kata @ZeffrieZahin.

Tidak dinafikan, nama Aliff minggu ini sering disebut-sebut apabila dia bertindak mengumumkan dirinya kini sah beristeri dua.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Bagnaia Wajar Jadi Keutamaan Ducati

0
MILAN – Juara dunia enam kali, Marc Marquez mengakui adalah wajar untuk Francesco Bagnaia diberi keutamaan tetapi yakin Ducati akan tetap memberikan layanan sama...

CATEGORIES