Lima Suspek Samun Kedai Serbaneka 24 jam Ditahan Polis

0
118

KUALA LUMPUR, 22 Oktober- Lima lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes samun yang menyasarkan kedai serbaneka 24 jam seperti 7-Eleven dan KK Mart di beberapa lokasi di Ampang, Cheras dan Kajang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata kesemua suspek berusia 18 hingga 40 tahun itu ditahan pada Khamis lepas.

Beliau berkata, penahanan itu adalah susulan daripada pihaknya menerima laporan oleh seorang pengadu berusia 18 tahun mengenai kejadian samun di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Memanda, Ampang sehari sebelumnya.

“Susulan penahanan itu, polis merampas pakaian, sebilah pisau, telefon bimbit dan pelitup muka.

“Semakan rekod lampau mendapati empat daripada suspek memiliki pelbagai rekod berkaitan jenayah dan dadah,”katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 26 Oktober 2023.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here