Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITALima Solusi Syarikat Tempatan Dinobat Pemenang MYHACKATHON 2024 KOHORT 2

Lima Solusi Syarikat Tempatan Dinobat Pemenang MYHACKATHON 2024 KOHORT 2

KUALA LUMPUR, 11 Disember 2024 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi  (MOSTI) dan agensinya, Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle), hari ini mengumumkan lima (5) solusi daripada syarikat tempatan sebagai pemenang bagi Program MYHackathon  2024 Kohort 2. Pengumuman tersebut dibuat semasa majlis perasmian penutupan  program yang disempurnakan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bertempat di Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), Kuala  Lumpur.

Setiap pemenang kohort 2 ini bakal menerima geran bersyarat bernilai sehingga  RM250,000.00 untuk melaksanakan pembangunan projek rintis serta akses kepada  bimbingan pelaksanaan projek secara one-to-one untuk tempoh 12 bulan akan  datang. Kesemua pemenang juga bakal bekerja secara rapat dengan pemilik  pernyataan masalah bagi memperhalusi rancangan pelaksanaan solusi mereka.

Dalam ucaptama beliau, YB Tuan Chang Lih Kang menyatakan, “Saya amat kagum  dengan kualiti idea dan cadangan yang dikemukakan. Inovasi yang diketengahkan bukan sahaja praktikal, malah ia selari dengan keperluan transformasi digital negara.  Saya yakin, beberapa inovasi ini boleh dikomersialkan dan dikembangkan pada skala  yang lebih besar pada masa akan datang. Dalam konteks ini, program MYHackathon  2024 secara langsung menyokong aspirasi Malaysia MADANI, yang menekankan nilai  pembaharuan serta daya cipta manusia dalam mencapai pembangunan berteraskan  rakyat.”

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Tuan Chang Lih Kang, menyampaikan ucapan penutup bagi majlis penutupan MYHACKATHON 2024 KOHORT 2

“Penggunaan inovasi terbuka dalam menangani isu-isu penting negara merupakan  peluang besar untuk merancakkan ekosistem startup Malaysia dan meningkatkan  kedudukan negara dalam Indeks Inovasi Global (GII). Dengan menggalakkan  kerjasama quadruple helix antara Kerajaan, institusi pengajian tinggi, sektor swasta dan komuniti kita dapat bersama-sama menghasilkan penyelesaian inovatif yang  berkesan. Pendekatan ini bukan sahaja mempercepat pertumbuhan startup tempatan tetapi juga meningkatkan daya saing ekonomi negara. Melalui inovasi terbuka, kita  dapat menarik lebih banyak pelaburan, membangunkan bakat tempatan dan akhirnya  meletakkan Malaysia sebagai hab inovasi global. Dengan prestasi terkini, saya yakin  sasaran kita untuk mencapai kedudukan 30 negara teratas GII menjelang 2025 mampu direalisasikan,” tambah YB Menteri.

Untuk edisi tahun 2024, MOSTI melalui Cradle telah melancarkan dua kohort dengan tema ’Hackathon Nasional Untuk Malaysia MADANI’, masing-masing pada  23 September dan 25 November. Kedua-dua kohort ini telah mengenal pasti 12 pernyataan masalah mendesak yang diperoleh daripada pelbagai Kementerian,  agensi dan kerajaan tempatan. Sebanyak tujuh (7) pernyataan masalah telah  diketengahkan untuk Kohort 1 dan lima (5) lagi untuk Kohort 2.

Inisiatif ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dengan jumlah pertanyaan dan permohonan diterima sebanyak 419 untuk kohort pertama dan 391  untuk kohort kedua, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 810. Selain itu, program MYHackathon 2024 ini telah menerima sebanyak 3.8% (103) permohonan  daripada Sabah dan Sarawak untuk kohort pertama, dan 3.9% (101) permohonan  untuk kohort kedua. Pemenang cabaran ini akan diberikan peluang untuk  membangunkan penyelesaian inovatif dan mengimplementasikannya melalui  program rintis selama 12 bulan.

“Kami amat teruja untuk menyaksikan kreativiti, kesungguhan, dan komitmen  daripada para peserta kohort kedua Program MYHackathon 2024 dalam  mencetuskan inovasi yang mampu menangani cabaran nyata. Sejak pelancaran  program ini empat tahun yang lalu, MYHackathon telah berkembang menjadi sebuah  platform penting untuk mencungkil bakat terbaik Malaysia, mendorong mereka untuk  membangunkan penyelesaian berimpak tinggi yang menambah baik penyampaian  perkhidmatan Kerajaan,” ujar Norman Matthieu Vanhaecke, Ketua Pegawai Eksekutif  Kumpulan Cradle.

“Cradle tetap komited untuk menjadi pemangkin dalam melahirkan generasi inovator  yang mampu menjadikan Malaysia lebih progresif melalui misi kami untuk  mewujudkan sebuah ekosistem startup yang inklusif dan mampan.”

Sejak dilancarkan pada tahun 2020, Program MYHackathon yang diadakan pada  setiap dua tahun telah berjaya mengemukakan solusi inovatif dan berimpak tinggi  daripada rakyat Malaysia untuk diadaptasi dan digunapakai dalam pelbagai  perkhidmatan Kerajaan.

Antara solusi-solusi yang telah berjaya dihasilkan di bawah program ini ialah seperti  Gajah Safe Sdn. Bhd. daripada Satok Bridge Digital Sdn. Bhd. yang membangunkan  produk teknologi integrasi Kecerdasan Buatan (AI) dan kamera pengesanan untuk  mengurangkan konflik diantara hidupan liar dan manusia serta projek Anti Drone Detection System (DDS) daripada FlyBots Technology yang mengetengahkan solusi  pengawalan pencerobohan dron bagi tujuan mengurang penyeludupan atau tinjauan  tidak sah ke kawasan akses terhad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

702 Pesawah Perak Terima Bantuan Bencana RM813,081

0
BAGAN SERAI – Sebanyak RM813,081 telah diperuntukkan menerusi Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) untuk membantu 702 pesawah di Perak yang terkesan akibat kemarau dan...

CATEGORIES