‘LHDN’ Tumpang Gembira Lihat Kejayaan Khairul Aming Raih RM1.2 Juta

0
125

PETALING JAYA – Minggu lalu usahawan selebriti, Khairul Aming berjaya menjual kira-kira 80,000 pek Dendeng Nyet Berapi bernilai hampir RM1.2 juta dalam masa tiga minit 39 saat.

Ramai yang kagum dan bangga dengan kejayaan tersebut termasuklah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menerusi satu perkongsian di laman sosial, terdapat satu hantaran yang didakwa milik agensi terbabit telah meninggalkan komen kepada pempengaruh itu.

“Tahniah khairulaming! Kami pun happy dan bersemangat jugak tengok ini,”tulis hantaran itu.

Bagaimanapun, ada netizen mendakwa bahawa itu bukan akaun rasmi LHDN dan ia digunakan sebagai ‘troll’.

Sehingga kini, Kosmo! tidak pasti sama ada hantaran tersebut adalah laman rasmi LHDN ataupun ada individu menyamar sebagai agensi itu.

Menjengah ke ruangan komen di laman rasmi Facebook LHDN, beberapa pengguna turut bertanyakan kesahihan hantaran terhadap pempengaruh itu.

“Kalau betul komen tersebut datang dari akaun rasmi LHDN, sangatlah tidak profesional dan tidak matang,”tulis Rosmi Khairul Erol.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Wak Ayen.

“Betul ke LHDN ada komen pasal Khairul Aming, jika ya amat tidak profesional,”katanya.

Namun, sehingga kini, semua pertanyaan itu tidak mendapat respon daripada pengendali akaun Facebook rasmi LHDN.-KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here