Sunday, May 19, 2024
HomeHIBURANLetak Ayat Al-Quran Promosi Poster Filem Adalah Satu Penghinaan

Letak Ayat Al-Quran Promosi Poster Filem Adalah Satu Penghinaan

PETALING JAYA – Meletakkan ayat al-Quran pada poster iklan untuk mempromosi filem adalah perbuatan yang tidak sesuai dan satu penghinaan terhadap kesucian ayat al-Quran itu sendiri.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, bahkan perbuatan seperti itu boleh menyebabkan seseorang jatuh ke dalam kekufuran berdasarkan ijmak para ulama.

“Oleh demikian, pihak yang terlibat seharusnya lebih peka serta berhati-hati dalam perkara yang sensitif seperti ini supaya tidak menjadikan ayat al-quran sebagai bahan promosi dengan meletakkannya pada poster, gambar dan mana-mana tempat yang tidak sepatutnya,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Penjelasan tersebut adakah berhubung persoalan mengenai promosi sebuah filem dari negara jiran yang tular di media sosial ketika ini.

Difahamkan, promosi filem tersebut meletakkan ayat al-Quran pada poster pengiklanan sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sudah mengarahkan Golden Screen Cinemas (GSC) selaku pengedar filem seram terbitan syarikat produksi Indonesia, Sijjin untuk menarik balik dan membuat penukaran poster.

Tindakan itu susulan poster rasmi yang dikeluarkan sebelum ini dilihat menyentuh sensitiviti umat Islam apabila memaparkan kalimah Allah dalam bahasa Arab pada kain hitam yang membaluti seorang wanita dipercayai sedang dirasuk.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES