Lelaki Usia 23 Tahun Maut Selepas Cabut Dua Batang Gigi

0
331
Foto: Axel

Beijing: Menyedihkan kisah pemuda di China yang meninggal dunia akibat pendarahan intrakranial (dalam otak) selepas mencabut dua giginya.

Oddity Central melaporkan, Wang, 23, dari Wilayah Hunan ke Hospital Rakyat Kuiyong di Shenzhen untuk mendapatkan rawatan akibat sakit gigi.

Selepas memeriksa giginya, doktor memutuskan untuk mencabut dua giginya dan Wang bersetuju.

Berikutan prosedur itu, Wang diminta untuk melakukan ujian X-ray tetapi ketika bangun daripada kerusi, dia tiba-tiba tidak sedarkan diri dan jatuh.

Wang kemudiannya dipindahkan ke hospital untuk rawatan kecemasan dan doktor mendapati dia mengalami pendarahan intrakranial selepas mencabut dua giginya.

Lelaki muda itu menjalani pembedahan kraniotomi (pembedahan membuka sebahagian dari tempurung kepala untuk melihat otak) kecemasan.

Tetapi, lelaki itu kekal koma berikutan prosedur rumit sebelum meninggal dunia 14 hari kemudian, akibat kegagalan beberapa organ.

Kes pemuda itu menggemparkan negara, dan keluarganya kini terbabit dalam tindakan undang-undang dengan hospital Shanzen, menuduh kakitangan cuai hingga menyebabkan kematian Wang.

Pihak hospital pula mendakwa doktor gigi tidak melanggar protokol dan peraturan rawatan, dan enggan membayar jumlah yang diminta oleh keluarga.

Keluarga Wang menuntut pampasan sebanyak 1.8 juta yuan (kira-kira RM1.2 juta), tetapi pihak hospital hanya sanggup membayar 600,000 yuan (kira-kira RM398,339).

Bimbang bukti akan musnah jika membakar Wang, keluarga menyimpan mayat pemuda itu di rumah pengebumian sejak lima bulan lalu.

Siasatan perubatan kematian Wang kini sedang dijalankan oleh jawatankuasa khas pakar.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here