Sunday, May 19, 2024
HomeLUAR NEGARALelaki Terkejut Semua 'Bridesmaid' Bekas Teman Wanitanya

Lelaki Terkejut Semua ‘Bridesmaid’ Bekas Teman Wanitanya

BEIJING – Seorang pengantin lelaki di China terkejut apabila kesemua pengiring yang dipilih pengantin perempuan terdiri daripada bekas teman wanitanya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Majlis perkahwinan pasangan itu berlangsung di bandar Chongqing selepas mereka bercinta selama dua tahun.

Wanita bernama Liu mendapati bahawa beberapa rakannya pernah bercinta dengan bakal suaminya.

Daripada melayan kekecewaan, Liu memutuskan untuk bergurau dengan bakal suaminya.

Dia kemudian menjemput wanita-wanita itu menjadi pengiring semasa majlis perkahwinan mereka.

Apabila pengantin lelaki memasuki bilik, dia kelihatan terkejut apabila melihat wajah-wajah yang dikenali bekas teman wanitanya dan semuanya memakai gaun pengiring pengantin.

Namun, pengantin lelaki dengan pantas kembali tenang dan meneruskan majlis perkahwinan.

Majlis itu diteruskan dengan lancar tanpa sebarang perasaan cemburu atau dendam, membolehkan pasangan itu menarik nafas lega.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES