Lelaki Pandu Melulu Sehingga Empat Beranak Jatuh motor Didenda RM6,000

0
34

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengenakan denda RM6,000 terhadap seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang tular dilaman sosial kerana memandu secara melulu sehingga melanggar empat sekeluarga yang menaiki motosikal di Lebuhraya Besraya.

Tertuduh, Mohammad Harith Ismail, 22 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fatin Dayana Jalil.

Mahkamah turut memerintahkan pereka grafik itu menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Mohammad Harith didakwa memandu kenderaan itu di atas jalan raya dengan tidak cermat dan prihatin di Lebuhraya Besraya dari arah Sungai Besi menghala ke Balakong di sini pada 12.30 tengah hari, semalam.

Pertuduhan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM10,000 dan boleh dipenjara maksimum 12 bulan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R.Harvind manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

R.Harvind memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

Mohammad Harith merayu hukuman ringan dengan alasan dia tidak sengaja melakukan kesalahan tersebut dan tidak arif mengenai selok belok jalan di lokasi kejadian selain terus menghantar mangsa ke hospital.

Sejak semalam, tular di laman sosial satu rakaman video kamera papan pemuka memaparkan motosikal dinaiki dua orang dewasa bersama dua kanak-kanak dihimpit sebuah kenderaan yang menukar lorong secara tiba-tiba.

Kesemua mangsa yang berusia lima hingga 34 tahun cedera ringan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here