Sunday, May 19, 2024
HomeLUAR NEGARALelaki Korea Selatan Tabur Wang Lebih RM13,336 Dari Balkoni

Lelaki Korea Selatan Tabur Wang Lebih RM13,336 Dari Balkoni

BANGKOK  – Seorang lelaki Korea Selatan mencetuskan kekecohan apabila dia mengugut untuk terjun dari tingkat lapan sebuah kondominium di  Pattaya semalam dan menabur wang kertas dari balkoni, lapor portal berita Pattaya Mail.

Lelaki itu dikenali sebagai Seungwon Jeong itu ditemui dalam keadaan tertekan di balkoni biliknya. Dia menjerit  dan menyatakan hasrat untuk terjun dari bangunan tersebut dan memberi amaran kepada orang lain supaya tidak menghampirinya.

Dia juga melemparkan wang berjumlah lebih 100,000 baht (RM13,336) dari balkoni.

Namun, anggota-anggota polis Pattaya bertindak pantas memujuknya dengan menggunakan khidmat jurubahasa Korea. Mereka meyakinkannya untuk membuka pintu dan turun ke tingkat bawah kondominium.

Polis pelancong kemudian mengiringinya ke hospital tempatan untuk pemeriksaan kesihatan.  Jeong yang berada di Pattaya selama lebih sebulan mengalami tekanan kerana ditipu oleh teman wanitanya selepas dia melarikan diri dengan sejumlah wang mangsa.

Pihak polis pelancongan itu sedang berhubung dengan  saudara-maranya di Korea Selatan untuk menangani situasi tersebut selain memberikan sokongan yang diperlukan kepadanya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES