Lelaki Israel Sengaja Perli Rakyat Palestin Terputus Bekalan Elektrik, Air

0
213
Foto: Kosmo

PETALING JAYA – Tular video seorang pempengaruh Israel memuat naik video mengejek rakyat Palestin di Gaza yang terputus bekalan elektrik, air dan internet angkara Israel.

Pempengaruh Israel, Matanel Laiany dalam satu video menunjuk-nunjuk kemudahan yang dia ada.

Dia kemudian bermain dengan paip air, suis lampu, televisyen dan lain-lain lagi untuk menunjukkan kehebatan Israel.

Dengan ekspresi muka bangga, dia menulis itu hanyalah permulaan.

Hantaran ini turut telah disebar dan dimuat naik di pelbagai sosial medianya.

Video yang menerima 34,000 penonton tersebut menerima kecaman hebat di ruangan komen laman sosialnya.

“Mereka suka mempamerkan apa yang mereka ada tetapi jauh di dalam hati dan impian mereka, terdapat ketakutan. Tidak tahu bila ia akan berubah dan bagaimana kehidupan selepas ini,” kata Marara.

Seorang lagi pengguna laman sosial mengatakan perbuatan memuat naik video ini jelas tampak bodoh.

“Ini benar-benar bodoh. Seluruh keluarga telah dibunuh, kanak-kanak telah dicacatkan, saudara perempuan kita telah dirogol, menjadi tebusan dan ini adalah apa yang anda lakukan?” marah seorang pengguna.

Video reels yang dikongsi semalam ini turut menerima komen seperti tidak berperikemanusiaan. 

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here