Wednesday, December 11, 2024
HomeBERITALelaki Dipenjara Gara-gara Minta Gambar Tidak Senonoh Budak 12 Tahun Di Bigo

Lelaki Dipenjara Gara-gara Minta Gambar Tidak Senonoh Budak 12 Tahun Di Bigo

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berkelulusan pendidikan awal kanak-kanak dipenjara 10 tahun dan dikenakan 12 sebatan terhadap empat kesalahan meminta bahan pornografi daripada seorang murid perempuan berusia 12 tahun melalui aplikasi WhatsApp ketika menjalin hubungan `cinta’ terlarang secara maya.

Mahkamah Tinggi Taiping, Perak menjatuhkan hukuman itu terhadap Hendra Mulana, 33, selepas mengurangkannya daripada 13 tahun bagi setiap pertuduhan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Taiping. Hukuman berkuatkuasa serentak.

Berdasarkan Kosmo, Pesuruhjaya Kehakiman Noor Ruwena Md. Nurdin membenarkan rayuannya terhadap hukuman manakala rayuan terhadap sabitan ditolak. Rayuan pihak pendakwaan terhadap hukuman turut ditolak dalam keputusan yang diumumkan pada 2 November 2023.

Hendra (perayu) disabitkan atas keempat-empat pertuduhan pindaan meminta bahan pornografi daripada kanak-kanak tersebut yang ketika itu berusia di bawah 18 tahun pada waktu-waktu tertentu di antara lewat malam dan awal pagi di antara 14 Oktober dan 17 Oktober 2019 di sebuah rumah di Changkat Jering.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan maksimum 15 tahun dan sebatan minimum sebanyak tiga kali.

Menurut Kosmo, keterangan kes menyatakan, perayu memulakan langkah mendekati mangsa yang ketika itu masih menuntut dalam tahun enam sewaktu melayari platform penstriman langsung `Bigo’ dan hubungan secara maya itu berlanjutan hingga ke aplikasi WhatsApp.

Pada 16 Februari 2023, Mahkamah Sesyen mendapatinya bersalah atas keempat-keempat pertuduhan dan memerintahkan Hendra dipenjara 13 tahun dan dikenakan tiga sebatan bagi setiap pertuduhan (jumlah 12 sebatan) manakala hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh keputusan.

Mahkamah turut mengarahkan lelaki itu menjalani sesi kaunseling di penjara dan pengawasan polis selama tiga tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Shah Rukh Khan Tak Guna Orang Dalam

0
DIJULANG sehingga mengumpul jutaan peminat di luar negara, Raja Bollywood Shah Rukh Khan atau SRK sebenarnya contoh bintang dunia tidak punya seorang pun saudara...

CATEGORIES