KANOWIT, 28 November- Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas bot dinaikinya yang sarat muatan buah durian karam di Bukong Jagoi, Bunut di Sarawak semalam.
Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Andy Alie berkata berkata seorang lagi mangsa yang juga merupakan juragan bot selamat.
“Mangsa yang hilang dikenali sebagai Nabau Antas berusia 55 tahun.
“Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.50 pagi dan menggerakkan pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit ke lokasi kejadian.
“Juragan bot berusia 72 tahun diselamatkan penduduk berhampiran manakala penumpang dilaporkan hilang dibawa arus sungai.
Jelas Andy, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa hilang disambung semula hari ini.