Sunday, September 8, 2024
HomeVIRALLelaki Dibelasah Di Lampu Isyarat

Lelaki Dibelasah Di Lampu Isyarat

KLANG – Seorang pemuda cedera di bibir, tulang rusuk dan kaki apabila dipukul dan ditendang pembuli jalanan di persimpangan lampu isyarat Jalan Langat – Klang, di sini semalam.

Menurut Kosmo dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 petang, mangsa berusia 21 tahun turut kerugian RM250 apabila ‘cover set’ motosikalnya rosak selepas ditendang suspek tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC telah membunyikan hon kepada sebuah kereta jenis Proton Saga dinaiki tiga lelaki kerana memandu secara berbahaya dan hampir melanggarnya.

Katanya, ini menyebabkan pemandu kereta tersebut kemudiannya telah menghalang pergerakan mangsa di persimpangan lampu isyarat tersebut.

“Salah seorang daripada suspek kemudianya telah menolak mangsa sehingga jatuh dari motosikal.

“Mangsa juga dicekik, ditumbuk muka dan ditendang perut dan kaki beberapa kali oleh suspek tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo hari ini.

Kata beliau, orang awam yang berada di lokasi tersebut kemudiannya berjaya meleraikan perbuatan suspek tersebut.

Tambah Hoong Fong, suspek bagaimanapun menendang motosikal mangsa sehingga jatuh sehingga menyebabkan kerosakan pada ‘cover set’ sebelum beredar dari lokasi kejadian.

“Usaha mengesan dan menangkap suspek terlibat sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan,” tegasnya.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kebakaran Makmal Komputer Mengakibatkan Kemusnahan 50 Peratus.

0
SUNGAI SIPUT - Makmal komputer Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawong di sini terbakar dalam kejadian pada Khamis. Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat...

CATEGORIES