Lelaki Di India Terkejut Temui Ular Tedung Sembunyi Dalam Kasut

1
112
Foto: Times of India

NEW DELHI –  Sebuah video tular di media sosial India memaparkan situasi seorang lelaki menemui seekor anak ular tedung yang bersembunyi di dalam kasutnya, lapor laman berita DNA India semalam.

Berdasarkan rakaman yang dimuat naik di laman Instagram, individu terbabit  terkejut melihat  ular berbisa itu melingkar di dalam kasut berwarna biru.

Reptilia itu kemudian menegakkan kepalanya dan berada dalam posisi bersiap sedia untuk menyerang.

Tidak dinyatakan bagaimana atau sama ada ular tedung itu berjaya dikeluarkan daripada  kasut tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Sebab itulah kami  diajar supaya menterbalikkan kasut sebelum memakainya. Ia bagi melindungi kita daripada pelbagai haiwan berbahaya seperti ular dan kala jengking,” kata seorang netizen.

“Baju dan payung juga perlu diperiksa dengan cara yang sama (sebelum digunakan),” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Sumber: Kosmo

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here