Tuesday, February 18, 2025
HomeHIBURANLeka Tengok Lamborghini Syamsul Yusof Punca Dua Kereta Berlanggar

Leka Tengok Lamborghini Syamsul Yusof Punca Dua Kereta Berlanggar

SEJAK beberapa hari lalu, tular di media sosial yang memaparkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) melanggar belakang kenderaan jenis serba guna (MPV) mungkin disebabkan asyik melihat kereta mewah Lamborghini yang lalu di laluan sebelahnya.

Menerusi komen yang ditinggalkan, rata-rata mendakwa Lamborghini milik pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof itu terlalu menarik perhatian sehingga membuatkan pemandu lain leka.

Tidak berdiam diri, Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, menyifatkan perlanggaran antara kereta Audi dengan Velfire di posisi hadapan adalah kerana pemandu itu sendiri yang tidak fokus.

“Ini video sebenar, Audi tidak fokus bukan salah saya,” tulisnya menerusi hantaran dalam Instagram merujuk video tular itu.

Difahamkan, video berkenaan diulang siar di laman sosialnya daripada seorang individu yang merakamkan kenderaan dipandunya di laluan sama ketika kejadian.

Dalam rakaman itu, kereta Lamborghini yang dipandu Syamsul dilihat bergerak perlahan di lorong susur keluar sebelum berlakunya pelanggaran membabitkan dua kenderaan di lorong sebelahnya.Pada masa sama, pelakon terbabit dilihat membuka tingkap dan melihat ke arah kamera dirakam individu tersebut sebelum meneruskan perjalanan.

Keadaan Audi dan Velfire sebaik pelanggaran berlaku.
Keadaan Audi dan Velfire selepas pelanggaran berlaku

Menerusi ruangan komen, rakan selebriti dan netizen berseloroh mendakwa jentera mewah pengarah menjadi punca kemalangan dek kerana terlampau menonjol.

Tidak kurang juga mengusik apabila bertanyakan identiti penumpang yang berada di sisinya.

“Lawo (lawa) sangat kereta tu,” tulis pelakon Fattah Amin.“Bila kereta lawa tengok kereta lawa dan terlanggar kereta lawa,” seloroh seorang pengikutnya.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

702 Pesawah Perak Terima Bantuan Bencana RM813,081

0
BAGAN SERAI – Sebanyak RM813,081 telah diperuntukkan menerusi Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) untuk membantu 702 pesawah di Perak yang terkesan akibat kemarau dan...

CATEGORIES