Sunday, October 13, 2024
HomeBERITALebuhraya Karak Dijangka Sesak Sepanjang Deepavali

Lebuhraya Karak Dijangka Sesak Sepanjang Deepavali

PETALING JAYA – Sebanyak 692,000 kenderaan bakal menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) sempena Deepavali, mencatatkan peningkatan sebanyak 73 peratus daripada jumlah purata trafik harian biasa.

Tambah ANIH Berhad, jangkaan jumlah aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) pula dijangka sebanyak 284,000, bersamaan peningkatan peratusan sebanyak 58 peratus daripada kebiasaan, lapor Kosmo.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ANIH Berhad, Imran Gulcharan Abdullah, pengendali KLK dan LPT1 telah mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bermula dari 10 sehingga 13 November bagi membantu pengguna jalan raya merancang perjalanan semasa cuti perayaan Deepavali.

“Cuti perayaan yang bersambung dengan cuti hujung minggu ini pastinya dimanfaatkan untuk bercuti bersama keluarga dan rakan taulan dalam tempoh lebih lama.

“Oleh itu, saya menggalakkan semua yang akan menggunakan lebuhraya menghala ke Pantai Timur menjadikan TTA ini sebagai panduan, agar perjalanan lebih lancar dan selesa,” katanya menerusi sebuah siaran akhbar.

Tambah Imran, ANIH Berhad telah membuat persediaan untuk menghadapi musim perayaan dengan menambah bilangan kakitangan sokongan lebih daripada 60 peratus, yang terdiri daripada petugas di plaza tol, pasukan LPT Ronda dan pasukan pusat kawalan trafik (TCC) sepanjang tempoh tersebut.

“Selain itu, seramai 150 anggota RELA akan ditempatkan di kawasan-kawasan strategik di seluruh lebuhraya bagi memastikan kelancaran trafik,” ujarnya.

Dalam pada itu, ANIH Berhad juga menasihatkan pengguna lebuh raya agar menyentuh kad Touch ‘n Go pada alat pengesan di lorong tol plaza dan memastikan baki semua mod pilihan pembayaran mencukupi supaya tidak menyumbang kepada kesesakan di plaza tol.

Terdahulu, media melaporkan, kerajaan memberikan tol percuma sempena perayaan Deepavali berkuat kuasa pada pukul 12.01 tengah malam pada 11 November dan berakhir pada pukul 11.59 malam pada 12 November.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Taktik Licik Wanita Samun Kedai Emas Akhirnya Terbongkar!

0
ALOR GAJAH – Kegiatan seorang wanita berkaca mata hitam yang aktif menyamun tujuh buah kedai emas di sekitar Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan sejak...

CATEGORIES