Thursday, April 25, 2024
HomeHIBURANLebih Baik Diam Dari Menyanyi, Netizen Pertikai Kualiti Nyanyian Syada Amzah

Lebih Baik Diam Dari Menyanyi, Netizen Pertikai Kualiti Nyanyian Syada Amzah

TIADA angin tiada ribut, nama Syada Amzah kembali menjadi siulan ramai apabila videonya menyanyikan lagu arab berjudul Kalam Eneih tular dalam media sosial.

Tular bukan kerana dibanggakan tetapi disebabkan menerima kecaman kerana mutu vokal yang dikatakan teruk.

Melalui tinjaun Kosmo, majoriti mempertikaikan kualiti nyanyian Syada yang dikatakan tidak sehebat kakaknya yang juga penyanyi, Shila Amzah.

“Daripada terus menyanyi, lebih baik diam saja Syada.

“Sedap tapi kalau tak menyanyi lebih sedap. Awak memang tidak boleh kalahkan Shila,” kata netizen.

Video nyanyian Syada yang dimuat naik dalam TikTok itu sudah mencapai lebih tiga juta tontonan dan 63,000 tanda suka.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lapan Jenazah Tragedi Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

0
KUALA LUMPUR: Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut...

CATEGORIES