KUALA LUMPUR, 19 FEBRUARI 2024 – YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan bersama delegasi Kementerian telah membuat lawatan rasmi ke Republik Persekutuan Jerman dari 15 hingga 18 Februari.
Dalam masa yang sama, YB Menteri Pertahanan turut menyertai Munich Security Conference (MSC) yang turut berlangsung dari 16 hingga 18 Februari.
MSC merupakan persidangan keselamatan tertinggi yang melibatkan Menteri Pertahanan, Ketua Angkatan Tentera, dan Pemimpin Kerajaan dari rantau Eropah dan seluruh dunia sejak 1963 lagi.

Foto: Mindef
Pertemuan pertama dalam lawatan rasmi ini dimulakan dengan pertemuan bilateral bersama Tuan Yang Terutama (TYT) Boris Pistorius, Menteri Pertahanan Persekutuan Jerman bagi memperkukuhkan hubungan pertahanan dua hala antara Malaysia dan Jerman.

Foto: Mindef
Hasil perbincangan tersebut membawa kata sepakat untuk membuka peluang latihan bersama, perancangan program pendedahan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia sekaligus membangunkan industri pertahanan tempatan.
Pertemuan kedua pula dihadiri oleh TYT Dr. Ng Eng Hen dari Singapura untuk membincangkan usaha sama peranan ASEAN dalam konteks pertahanan melalui sokongan ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM).

Foto: Mindef
YB Menteri Pertahanan juga sempat bertemu dengan TYT Bill Blair, Menteri Pertahanan Kanada untuk berdiskusi mengenai isu diplomasi pertahanan, kesan perubahan iklim dan potensi masa depan hubungan Kanada dengan rantau ASEAN.

Foto: Mindef

Foto: Mindef
Dalam tempoh lawatan rasmi tersebut, YB Menteri Pertahanan bersama delegasi berkesempatan melawat pejabat Brainlab AG dan bertemu dengan kumpulan syarikat Rheinmetall.
Lawatan tersebut mendedahkan delegasi kepada penerangan dan taklimat mengenai teknologi dan inovasi terkini yang sedang diusahakan dalam bidang pertahanan dan perubatan.

Foto: Mindef
Lawatan rasmi Menteri Pertahanan ke Republik Perseketuan Jerman amat penting bagi memastikan kerjasama pertahanan Malaysia dengan negara rakan kerjasama selari dengan Tonggak Ketiga Strategi Pertahanan Negara dan Perkongsian Wibawa yang termaktub dalam kertas Putih Pertahanan.
Sumber: Mindef // Medialah