Lawatan Menteri Ke Vietnam, Tingkatkan Kekuatan Pertahanan Dua Negara

0
99

KUALA LUMPUR, 05 DISEMBER 2023 – Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan telah berkunjung ke Republik Sosialis Vietnam untuk lawatan kerja bagi meningkatkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara pada 4 dan 5 Disember.

TYT Jeneral Phan Van Giang, Menteri Pertahanan Negara Republik Sosialis Vietnam juga menjemput kedatangan YB Menteri Pertahanan dalam Mesyuarat Dua Hala untuk membincangkan hal kerjasama ketenteraan dan mengadakan Dialog Startegik Pertahanan bersama.

Foto: Mindef

Dalam pada itu, pembaharuan semula Memorandum Persefahaman (MoU) turut menjadi tumpuan dengan melaksanakan perundangan yang telah termaktub dalam MoU bagi mengukuhkan hubungan pertahanan dua hala.

YB Menteri Pertahanan juga berkesempatan membuat Kunjungan Hormat kepada Perdana Menteri Vietnam, TYT Pham Minh Chinch sekaligus menyatakan minat bersama untuk mengekalkan keselamatan persekitaran maritim yang lebih stabil.

Foto: Mindef

Tahun ini juga genap 50 tahun apabila Vietnam menjadi satu-satunya Negara Anggota ASEAN yang di mana Malaysia telah tingkatkan kerjasama dua halanya kepada Perkongsian Strategik.

Kedua-dua menteri turut mengharapkan perbincangan dua negara ini akan meningkatkan potensi dalam kerjasama pertahanan pada masa akan datang.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here