BUKIT JALIL – Hampir 15,000 orang membanjiri Axiata Arena sempena Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.
Perhimpunan tersebut dipenuhi peserta berpakaian serba putih yang hadir sejak pukul 5.30 petang bagi menunjukkan sokongan masing-masing terhadap Palestin yang sedang dizalimi rejim Zionis..
Sepanjang malam, himpunan tersebut turut digemakan dengan laungan takbir serta ‘bebaskan Palestin’, ‘hancur Israel’ dan ‘Israel Cuak’.
Turut hadir dalam himpunan malam ini ialah Menteri Pertanian KeterjaÂminan Makanan, Datuk Seri MoÂhamad Sabu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu.
Majlis turut digamatkan dengan persembahan oleh artis terkenal seperti Faizal Tahir dan Siti Nurhaliza.
Sumber: Kosmo