Larikan Diri Daripada Polis Punca Lelaki Maut Akibat Lemas

0
53
Foto: Berita Harian

KUALA SELANGOR: Tindakan seorang lelaki melarikan diri daripada polis ketika operasi tangkapan di Jalan Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang, di sini memakan diri apabila dia ditemui lemas, semalam.

Mangsa berusia 43 tahun ditemui anggota bomba di dalam sungai pada jam 12.16 tengah hari, pada jarak kira-kira 700 meter dari lokasi dia jatuh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu dari polis jam 7.24 malam kelmarin.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi.

“Menurut laporan awal, mangsa dipercayai lemas di dalam sungai ketika operasi tangkapan dilakukan polis.

“Kerja-kerja pencarian kemudian dijalankan dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ahmad Mukhlis berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here