Tuesday, September 10, 2024
HomeBERITALarang Palestin Guna Air Hujan, Dakwa Ia Hak Milik Israel

Larang Palestin Guna Air Hujan, Dakwa Ia Hak Milik Israel

PETALING JAYA – Pendudukan tentera pengganas Israel di tanah Palestin telah mencabul hak asasi rakyat tersebut dengan merampas dan menghancurkan kawalan sumber air di negara itu sejak tahun 1967 lagi.

Terbaharu, menerusi ciapan yang dimuat naik pengguna aplikasi X, David Miller baru-baru ini, dia memaklumkan kerajaan Israel melarang rakyat Palestin menggunakan air hujan untuk kegunaan domestik dan pertanian kerana ia adalah hak milik Israel.

Berdasarkan tinjauan Kosmo , David turut berkongsi beberapa laporan dari United Nation mengenai perkara tersebut sehingga mengundang kemarahan ramai.

“Mengikut arahan tentera Israel yang berkuat kuasa di kawasan itu, hujan adalah hak milik pihak berkuasa Israel dan dengan itu rakyat Palestin dilarang mengumpul air hujan untuk keperluan domestik atau pertanian.

“Dasar sedemikian juga telah menafikan akses komuniti kepada kemudahan air dan sanitasi, termasuk air, tandas, rangkaian kumbahan dan tangki untuk pengumpulan air hujan,” ciapnya.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bengang dengan polisi yang ditetapkan oleh kerajaan Israel tersebut dan menganggap ia sebagai tindakan mengarut.

“Air hujan sumber semula jadi, semua berhak tanpa perlu minta izin pada sesiapa untuk menikmati air hujan termasuklah Israel. Polis mengarut dan gila,” tegas Latinee.

“Makin kejam, darah pembunuhan ke atas penduduk Palestin oleh Zionis lebih banyak airnya daripada sekatan mengarut yang dilakukan kerajaan Israel. Moga Allah hentikan air hujan buat rakyat Israel, panaskan hidup mereka sepanas api neraka,” pinta Ayuni.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cinta Di Bangku Sekolah, Pengetua Kahwin Anak Murid

0
JAKARTA – Sepasang suami isteri di Cirebon, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas berkongsikan kisah cinta mereka yang bermula daripada hubungan...

CATEGORIES