Sunday, January 26, 2025
HomeBERITALapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kembali Beroperasi

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kembali Beroperasi

ALOR SETAR – Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), di sini yang ditutup selama 10 hari sejak 29 November lalu ekoran banjir kembali beroperasi hari ini.

Pengurusnya, Ikram Alif Mansoor berkata, sebanyak 14 penerbangan dijadualkan pada hari ini melibatkan tujuh pelepasan dan tujuh ketibaan.

“Hari ini LTSAH sudah mula beroperasi semula selepas kejadian banjir pada 29 November lalu. Hari ini ada 14 penerbangan iaitu tujuh ketibaan dan pelepasan di LTSAH.

“Batik Air pun yang sepatutnya mula beroperasi 5 Disember tetapi ditangguhkan akibat banjir itu sudah mula beroperasi hari ini,” katanya ketika ditemui di Balai Pelepasan LTSAH, di sini hari ini.

Menyentuh tentang landasan LTSAH yang mengalami kerosakan, kata beliau, pihaknya akan melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa setelah dibaik pulih sebelum ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES