Lapangan Terbang Manchester Terputus Bekalan Elektrik, Penerbangan Terpaksa Dibatalkan Sementara

0
26

MANCHESTER: Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Manchester di United Kingdom telah pulih semula selepas mengalami gangguan bekalan elektrik.

Penerbangan di Terminal 1 dan 2 kini disambung semula secara berperingkat.

Sebelum ini, perkhidmatan di lapangan terbang tersebut terjejas sepanjang hari.

Gangguan bekalan elektrik menyebabkan pembatalan penerbangan dari Terminal 1 dan 2 di Manchester.

Beberapa penerbangan yang tiba juga terpaksa dialihkan ke lapangan terbang lain.

Selain itu, beberapa pesawat yang mendarat di Manchester perlu menunggu beberapa jam sebelum penumpang dibenarkan untuk turun. – REUTERS

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here