Tuesday, December 10, 2024
HomeHIBURANLan Pet Pet Simpan Hasrat Ingin Dikuburkan Di Madinah

Lan Pet Pet Simpan Hasrat Ingin Dikuburkan Di Madinah

TIGA dekad bergelumang dengan sepak terajang industri seni tanah air, tiada apa lagi yang ingin dikejar pelawak dan anggota Senario, Lan Pet Pet ketika ini.

Pada usia yang sudah mencecah 55 tahun, pemilik nama penuh Mazlan Ahmad itu kini lebih mengejar dan memilih untuk mendekatkan diri ke jalan Allah SWT.

Kedengaran mengejutkan, Lan mendedahkan bakal berhijrah ke Madinah selain menyimpan hasrat untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi sekiranya ditakdirkan menghembuskan nafas terakhir di sana.

Menurutnya, impian tersebut sudah disimpan sejak kecil, namun terpaksa ditangguh kerana mahu memenuhi impian isteri Allahyarham Hamdan iaitu Nurhamalini untuk kembali aktif bersama kumpulan Senario.

“Cita-cita saya sejak kecil memang nak dekatkan diri dengan Rasulullah. Kemudian saya tanya isteri, sudah bersediakah kalau pulang ke rahmatullah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi di Madinah? Respons dia sangat teruja.

“Jadi, saya nak bawa anak dan isteri berhijrah di sana dan insya-Allah akan berulang-alik. Tiba-tiba Allah beri laluan serta peluang ini, memang rasa syukur sangat.

“Mungkin kalau ada rezeki, saya nak hijrah ke sana. Sepatutnya tahun ini tetapi disebabkan saya kembali aktif dengan Senario, terpaksa tangguh dulu hasrat tersebut,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Dalam pada itu, Lan berkata, perubahan tersebut bukan dilakukan secara drastik sebaliknya perlahan-lahan demi mendalami ilmu agama.

“Bukan cakap nak terus berubah secara drastik sebagai individu alim atau sebagainya tetapi perlahan-lahan menjadi lebih baik dan mendekatkan diri dengan agama.

“Alhamdulillah, ukhwah kembali terjalin dengan Senario dan rezeki kami diangkat pula sebagai Artis Komedi Popular pada Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) baru-baru ini.

“Saya bukan nak tinggalkan terus dunia seni dan kumpulan Senario. Kalau boleh nak ajak kawan-kawan duduk dengan saya di sana juga,” ujarnya.

Tambah Lan, impian untuk berhijrah ke Madinah juga semakin tercapai apabila syarikat Al Maliki Group memberinya peluang untuk menjalankan perniagaan berkaitan makanan dan hospitaliti di sana.

“Saya bukan duta atau jurucakap mereka tetapi hanya diberikan platform untuk menjalankan perniagaan di Madinah.

“Kalau tiada sebarang halangan, mungkin akan jalankan perusahaan hotel cuma semuanya masih dalam perancangan.

Peluang sebegini boleh dilepaskan lebih-lebih lagi apabila lokasi itu dekat dengan Rasulullah, pasti semua mempunyai impian sama,” jelasnya.

AGT

Sebelum berhijrah, Lan turut mendedahkan satu lagi impiannya iaitu ingin menyertai Asia’s Got Talent (AGT) dengan mengetengahkan bakatnya menghasilkan bunyi trompet dan muzik tanpa menggunakan sebarang alatan khusus.

Kongsinya, dia akan menyertai AGT sebelum ‘meninggalkan’ bumi Malaysia dan sekiranya program itu kembali diadakan, kata Lan, dia nekad menyertainya.

“Sebelum menutup mata, saya ingin cuba nasib dalam AGT. Sebenarnya pada 2015, saya hampir sertai tapi tidak berkesempatan kerana tiba lewat di tempat uji bakat.

“Uji bakat ditutup pada pukul 6 dan saya pula tiba selepas itu. Jadi, saya tak sempat untuk sertai tetapi kalau ada lagi, memang tidak akan lepaskan peluang.

“Saya mahu tunjukkan bakat istimewa yang boleh menghasilkan pelbagai bunyi melalui mulut.

“Saya akan buat yang terbaik untuk naikkan nama Malaysia, saya nak jadi seperti Allahyarham Datuk Sudirman Arshad yang diangkat sebagai Penghibur No. 1 Asia,” tuturnya.

Sumber – Kosmo! Online

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Shah Rukh Khan Tak Guna Orang Dalam

0
DIJULANG sehingga mengumpul jutaan peminat di luar negara, Raja Bollywood Shah Rukh Khan atau SRK sebenarnya contoh bintang dunia tidak punya seorang pun saudara...

CATEGORIES