Tuesday, February 18, 2025
HomeHIBURANLama Menghilang, Azar Azmi Kini Berhijab?

Lama Menghilang, Azar Azmi Kini Berhijab?

PETALING JAYA – Lama menghilang dari radar seni hiburan tanah air, pelakon Azar Azmi dipercayai sudah melakukan penghijrahan dalam hidupnya apabila dilihat sudah berhijab.

Dalam sebuah video tular, Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 35, dilihat ceria dan melambaikan tangan kepada si perakam sebelum masuk ke dalam sebuah kereta.

Ramai netizen yang gembira melihat penampilan terbaharu finalis Dewi Remaja 2011 itu. Malah masing-masing meluahkan rasa rindu untuk melihat Azar kembali beraksi dalam kaca televisyen.

Rindunya nak lihat Azar. Aku punyalah minat dengan Azar ni. Terapi tiba-tiba dia menghilang. Aku cari dia dekat Semenyih tau,” komen netizen.

Rindunya. Alhamdulillah hadirnya dengan bertudung. Semoga terus istiqomah dan perbaiki diri ke arah yang lebih baik,” komen seorang lagi netizen.

Terdahulu berita Azar tiba-tiba senyap dari industri hiburan dan sukar dijejaki hangat diperkatakan ramai terutama oleh para peminatnya.

Kali terakhir wajahnya menghiasi kaca televisyen adalah pada tahun 2021 menerusi sebuah drama.

Tinjauan Kosmo! Online dalam akaun Instagram Azar juga mendapati kali terakhir dia mengemas kini akaunnya adalah pada pada Mei 2022.

Azar sebelum ini pernah mencipta populariti menerusi pelbagai drama popular antaranya Nur 2, Cinta Fatamorgana dan Suri Hati Mr Pilot.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Polis Selamatkan Pemandu Kereta Dari Rentung

0
SHAH ALAM – Tindakan pantas dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada rentung selepas kenderaannya terbakar setelah bertembung dengan trak...

CATEGORIES