KUALA LUMPUR – Selepas tujuh tahun dikeluarkan, lagu Chentaku
nyanyian Zizan Razak bersama SonaOne terbitan label terkemuka tanahair iaitu
Rocketfuel Entertainment telah berjaya meraih 1 billion tontonan di TikTok. Lagu yang
turut mendapat sentuhan Joe Flizzow ini juga telah tular sehingga menjadi trending
pada laman media sosial tersebut.
Menerusi perkongsian di laman sosial instagram Rocketfuel Entertainment,
Zizan menyatakan rasa syukur yang tidak terhingga kerana lagu ini berjaya menambat
hati peminat tanpa mengira latar belakang dan golongan biarpun sudah beberapa tahun
dilancarkan.
“Walaupun dah bertahun-tahun lamanya, lagu Chentaky masih lagi relevan dan ianya
diterima tak kira umur dan golongan.
Selain itu, Zizan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah
menghasilkan kandungan dengan menggunakan lagu Chentaku sehingga berjaya
meraih 1 Billion tontonan.
“Saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang buat content dengan
menggunakan lagu Chentaku. Hasil daripada content-content yang dibuat tu, lagu itu
berjaya mencecah 1 Billion (tontonan) yang merupakan satu angka yang sangat besar”
kata Zizan penuh teruja.
Disamping itu, menerusi laman Instagram, Rocketfuel Entertainment turut berkongsi
potongan klip video TikTok para ‘influencer’ dan selebriti yang turut menggunakan lagu
Chentaku dalam video mereka. Antara yang menggunakan lagu tersebut ialah Mimi
Lana, Syafiq Kyle, Merqeen, Leona, Imranbard, Sherry Alhadad, Nabila Razali malah
Alan Walker dan ramai lagi. Dalam masa yang sama, video lirik lagu ini juga sudah
menghampiri 10 juta tontonan pada saluran YouTube Rocketfuel Network selepas 7
tahun dilancarkan.
Chentaku dilancarkan pada tahun 2017 dan ianya mengisahkan seorang jejaka yang
telah cinta pandang pertama dan berusaha untuk mendekati gadis tersebut.
Bagaimanapun, cinta itu hanya dari jauh dan rasa malu menyelubungi diri masing-
masing tatkala pertama kali bertemu.
Lagu ini telah dicipta oleh SonaOne dan Joe Flizzow bertindak sebagai penerbit
eksekutif. Lirik lagu ini pula telah ditulis sendiri oleh Zizan Razak bersama Joe Flizzow.
Anda boleh terus strim lagu Chentaku di semua digital platform seperti Apple Music,
Spotify, Deezer, KKBox, YouTube dan YouTube Music serta terus menghasilkan
kandungan video pada TikTok dan Instagram Reels.