Lagi Sebulan Nak Nikah, Lelaki Ditahan Merogol Gadis Bawah Umur Sehingga Melahirkan Anak

1
387

Muar: Seorang lelaki yang dijadual melangsungkan perkahwinan bulan depan, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol kenalan bawah umur hingga melahirkan anak, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Haidil Haiqal Abdullah, 20, yang ditemani tunangnya, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan, dia yang bekerja di kebun kelapa sawit didakwa merogol mangsa yang berusia 13 tahun di sebuah rumah di Kluang, dengan kejadian itu berlaku antara Mei hingga November 2022.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa mangsa sudah melahirkan bayi pada Mei iaitu seminggu selepas dia ditahan polis pada 30 April tahun lalu.

Hujahnya, hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas bayi yang dilahirkan mangsa mendapati, ia sepadan dengan tertuduh.

“Dalam kes ini, mangsa masih di bawah umur dan kesalahan ini adalah serius. Pihak pendakwaan memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh,” katanya.

Selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan, mahkamah memutuskan untuk tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Mahkamah menetapkan 27 Februari ini untuk fakta kes, hukuman serta laporan sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat memandangkan tertuduh pesalah muda.

Sumber: Harian Metro

1 COMMENT

  1. Generally I do not read post on blogs, but I wish to
    say that this write-up very pressured me to try and do so!
    Your writing style has been surprised me. Thanks, quite nice article.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here