Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITAKUSKOP Dan SKM Lancar Skuad Ihsan Madani, SKM Prihatin Dan Gerakan...

KUSKOP Dan SKM Lancar Skuad Ihsan Madani, SKM Prihatin Dan Gerakan Koperasi

KUALA LUMPUR – 19 DISEMBER 2024: YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah melancarkan Skuad Ihsan MADANI SKM Prihatin dan Gerakan Koperasi pada hari ini. Upacaraflagoffkenderaan yang melibatkan pelepasan empat belas (14) buah kenderaan jenis 4×4 dan sebuah lori yang akan mewakili 14 Parlimen di seluruh negeri Kelantan.

Sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir di beberapa negeri berisiko, sebanyak RM580,000 peruntukan telah disediakan oleh SKM sebagai sebahagian daripada usaha bantuan bencana. Skuad Ihsan MADANI SKM Prihatin pada tahun ini turut melaksanakan misi agihan sumbangan kepada mangsa banjir berupa kit pembersihan kediaman dan bakul makanan untuk meringankan beban yang dihadapi mangsa banjir.

Daripada jumlah peruntukan tersebut, negeri Kelantan merupakan negeri terbesar yang menerima peruntukan iaitu sebanyak RM200,000 memandangkan negeri Kelantan merupakan mangsa banjir yang paling ramai terkesan dengan bencana banjir. Dijangka lebih 2,000 ketua isi rumah (KIR) akan dibantu dalam misi bantuan ini untuk negeri Kelantan, manakala secara keseluruhannya sebanyak 5,800 KIR akan menerima manfaat ini.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terus komited untuk membantu mangsa yang terkesan daripada bencana alam seperti banjir ini. Di dalam membangunkan usahawan dan koperasi, bantuan kemanusiaan tetap menjadi keutamaan KUSKOP dan SKM.

Hadir sama dalam majlis ini ialah YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Setiausaha KUSKOP, YBhg. Datuk Haji Zamri bin Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP, YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (B), Pengerusi SKM dan YBhg. Datuk Rusli bin Jaafar, Ketua Pegawai Ekskekutif SKM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rumah Separa Kekal Terbakar Di Felda Sungai Retang

0
JERANTUT – Sebuah rumah separuh kekal musnah dalam kejadian kebakaran di Felda Sungai Retang di sini malam semalam. Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia...

CATEGORIES