“Sudahnya ini dia jawab? Wow. Macam mana boleh ambil pekerja biadab macam ini ya” soalnya dalam ciapan yang dibuat.
Wanita itu juga berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama pekerja kurier terbabit.
“Maaf, parcel (barang) dah buang. Sebab van penuh, tak ada orang dekat rumah awak,” kata pekerja tersebut.
“Saya dekat rumah, tunggu sahaja dari pagi tetapi tak ada pun. Lepas ini awak kena hantar barang saya, awal letak sahaja depan rumah, ‘buang’ dekat rumah, bukan parcel (bungkusan barang) dah buang’,” balas wanita itu.
“Saya buang dalam tong sampah, sebab takut orang curi (tinggal depan rumah). Awak hubungi pihak majlis bandaraya tanya dimana mereka buang tempat sampah.
“Awak boleh semak tong sampah majlis bandaraya mana dia buang, hubungi mereka cari dekat mana sisa pembuangan,” cadang pekerja tersebut selepas dimarah oleh pelanggan terbabit.
Dalam pada itu, wanita tersebut menyifatkan tindakan pekerja kurier terbabit sebagai biadab dan dia turut membuat aduan ke syarikat terlibat bagi memastikan individu berkenaan dikenakan hukuman sewajarnya.
“Kurang ajar gila. Tak pernah aku jumpa orang hantar barang kurang ajar macam ini. Bukan aku tak ada dekat rumah, aku tengoklah perkembangan e-dagang tu dah out for delivery (keluar untuk penghantaran) dan tiba-tiba bila sampai ke malam unsuccessful (tak berjaya) pula.
“Dah lama sangat. Kejap ‘out for delivery’ kemudian ‘unsuccessful’, dalam aplikasi e-dagang kata
‘Nobody at home’ (tiada orang di rumah) dalam laman web kurier kata ‘due to natural disaster’,” luahnya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman malang mereka ketika membeli barang secara dalam talian termasuklah bungkusan diterima dalam keadaan rosak.
“Pernah kena juga, dekat seminggu pihak kurier ‘peram’ barang saya. Tak tahu apa masalah mereka, bila saya hubungi syarikat kata pihak saya tiada di rumah setiap kali pekerja datang nak hantar barang.
“Sedangkan kurier datang selalu tnggal sahaja barang depan rumah pelanggan, bukan saya beli secara COD (pembelian secara bayaran tunai). Rumah saya ada CCTV (rakaman televisyen litar tertutup) dan bila semak tak ada pun pekerja yang datang hantar barang. Masalah syarikat menipu macam itu,” kongsi Azmierul.
Sementara itu, seorang lagi pengguna X, mencadangkan agar wanita tersebut membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkaitan permasalahan terbabit.
“Awak boleh terus ke portal MCMC, mereka yang uruskan perkara berkaitan kurier ini,” cadang pengguna itu.
Sumber: Kosmo