Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITAKPM Nafi Kertas Sejarah SPM 2024 Bocor

KPM Nafi Kertas Sejarah SPM 2024 Bocor

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan berlaku kebocoran kertas peperiksaan Sejarah, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024.

Menurut KPM, siasatan terperinci telah selesai dijalankan dengan turut mengambil kira semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di laman media sosial.

“KPM mendapati bahawa dakwaan tersebut adalah tidak berasas.

“Tangkap layar yang ditularkan hanya mengandungi senarai tajuk dalam buku teks Sejarah yang dijadikan ramalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KPM memberitahu, tiada sebarang soalan dalam kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 SPM 2024 dipaparkan dalam mana-mana sebaran dan tangkap layar yang ditularkan.

Justeru, jelasnya, dakwaan ini tidak menepati definisi kebocoran yang ditetapkan mengikut prosedur pengurusan dan pengendalian kes kebocoran kertas peperiksaan serta kawalan keselamatan Lembaga Peperiksaan, KPM.

“Semua calon peperiksaan SPM dinasihatkan untuk kekal tenang dan fokus dalam menghadapi peperiksaan.

“KPM sentiasa komited memastikan kerahsiaan kertas peperiksaan awam adalah terpelihara dan kepentingan serta keadilan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024 adalah terjamin,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Warga Emas Maut Dipercayai ‘Microsleep’ Ketika Menunggang Motosikal

0
KOTA BHARU – Seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun maut dalam kemalangan di Jalan Salor Baru - Pasir Mas di sini pada Ahad...

CATEGORIES