KPM Akan Pertimbangkan, Ramai Berminat Nak Sewa Kuarters Guru

0
91
Foto: Utusan Malaysia

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan (KPM) menerima beberapa permohonan daripada agensi mahupun syarikat swasta yang berminat untuk menyewa kuarters guru awal tahun ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata terdapat kajian perunding yang dijalankan untuk penilaian bagi menentukan kesesuaian kuarters guru berkenaan untuk disewa, terdapat premis di bawah kelolaan KPM dikenal pasti boleh diberi sewa.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya perlu membuat pertimbangan untuk menyewakan kuarters guru yang dikenal pasti itu antaranya di Taman Seri Serdang, Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Kuarters guru Taman Sr Serdang, Kepala Batas terdiri daripada 280 unit rumah. Daripada jumlah tersebut hanya 45 unit sahaja yang mempunyai penghuni manakala yang selebihnya adalah 14 unit kuarters kosong yang boleh diduduki dan 221 kuarters kosong yang rosak dan tidak dapat diduduki.

“Justeru, KPM telah melantik perunding hartanah bagi tempoh Disember 2022 hingga 30 September 2023 untuk menjalankan kajian mengoptimumkan penggunaan kuarters guru tidak berpenghuni milik KPM di seluruh negara.

“Dapatan kajian perunding setelah mengambil kira penilaian faktor lokaliti dan Building Conditional Assessment (BCA), kuarters guru di Taman Seri Serdang, Kepala Batas sesuai ditukar fungsi dan dibuka kepada sewaan awam.

“Pada awal tahun ini, KPM telah pun menerima beberapa permohonan daripada agensi/syarikat swasta yang berminat untuk menyewa Kompleks Institusi Pendidikan (KIP) Seri Serdang tersebut.

“KPM sedang dalam pertimbangan untuk menyewakan kuarters guru Seri Serdang berkenaan kepada agensi yang berkelayakan,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan dikemukakan Dr Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas), bilakah KPM bercadang untuk menjadikan kuarters guru boleh disewa kepada orang awam.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here