Tuesday, December 10, 2024
HomeBERITAKPKT Tambah Baik Skim Sewa Untuk Milik PPR

KPKT Tambah Baik Skim Sewa Untuk Milik PPR

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti penambahbaikan skim Sewa untuk Milik (RTO) bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) bagi memastikannya menepati keperluan golongan sasar.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, pihaknya bersedia memperluaskan skim tersebut dengan kerjasama daripada pelbagai agensi, termasuk pihak swasta dan institusi kewangan.

“Kerajaan menetapkan skim RTO akan diperluas bagi membolehkan lebih ramai kumpulan sasar, iaitu golongan B40 dan M40, memiliki rumah,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan laporan Kosmo, beliau menjawab soalan Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) sama ada konsep sewa beli untuk pembeli rumah pertama dilaksanakan oleh institusi kewangan seperti bank atau akan melalui agensi kerajaan seperti Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) dan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) atau koperasi.

Menjelaskan lanjut, Akmal Nasrullah berkata, skim RTO diperkenalkan pada 2017 khusus untuk membantu pemilikan rumah bagi golongan B40 yang ditawarkan unit PPR, tetapi gagal mendapat pembiayaan daripada mana-mana institusi kewangan.

Beliau berkata, harga jualan PPR RTO adalah RM50,000 merangkumi wang peruntukan sementara bagi tujuan penyelenggaraan.

“Skim RTO ini sudah dilaksanakan di 18 PPR membabitkan 7,234 unit rumah. Hingga 30 September lalu, sebanyak 5,620 keluarga ditawarkan skim ini di seluruh negara,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Amir Ahnaf Menolak Gejala Buli

0
KECANGGIHAN teknologi pada hari ini membuatkan lebih ramai membuka mata mengenai gejala buli yang bukan sahaja berlaku di institusi pengajian tinggi, tetapi juga di...

CATEGORIES