KPDN Nafi Subsidi Diesel Akan Dihapuskan

0
82
Foto: Iluminasi

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menafikan dakwaan sesetegah pihak di media sosial, yang kononnya subsidi diesel akan dihapuskan bagi penggunaan kenderaan bermula 1 Januari depan.

KPDN menegaskan dakwaan itu adalah tidak benar malah, sebaliknya kementerian itu sedang melaksanakan projek rintis bagi melihat keberkesanan sistem ‘fleet card’ dan Sistem MySubsidi Diesel, melibatkan enam syarikat yang menerima kuota bagi skid tank, yang akan tamat tempoh pada 14 Januari ini.

KPDN menerusi kenyataannya memaklumkan, projek rintis itu sama sekali tidak melibatkan pengguna kenderaan diesel individu.

“Proses pengujian ini perlu dilaksanakan bagi melihat kecekapan sistem yang dibangunkan, agar ia benar-benar menepati spesifikasi dan matlamat penyasaran semula subsidi diesel, seperti mana yang dirancang.

“KPDN berharap agar tidak ada mana-mana pihak menghebahkan sesuatu perkara yang tidak jelas dan boleh mengelirukan orang ramai,” menurut kenyataan itu.

Jelas KPDN, sebarang pengumuman rasmi berhubung mekanisme pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel akan dibuat kementerian itu dan Kementerian Kewangan, setelah sesi libat urus dan jalanan ujian sistem fleet card dan Sistem MySubsidi Diesel, selesai dilaksanakan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here