PETALING JAYA – Harga ‘kayangan’ tidak menghalang pembeli daripada berbelanja sebanyak RM4,200 setiap 100 gram untuk membeli Kopi Emas Paraiso yang berasal dari Amerika Selatan.
Menurut sebuah hantaran tular di laman TikTok, penjualan biji kopi tersebut laku keras terutama dalam kalangan peminat kopi.
Selepas dibancuh, harga secawan kopi tersebut boleh mencecah RM1,200.
Meninjau ke ruangan komen, orang ramai berpendapat kopi tersebut hanya sesuai dinikmati oleh peminat kopi ‘sebenar’.